Tuesday, 16 August 2016

Berat badan berlebihan punca sakit lutut.



Pernah rasa sakit secara tiba-tiba di lutut hingga sukar berjalan? Selepas diurut beberapa kali dengan minyak panas, barulah kaki berupaya melangkah perlahan-lahan? Bersedialah, kerana itu antara beberapa simptom masalah osteoartritis lutut yang dialami kebanyakan golongan muda hari ini.

Meskipun usia adalah faktor utama bagi osteoartritis lutut, golongan muda kini turut berisiko disebabkan keturunan, kecederaan ketika bersukan, jangkitan atau berat badan berlebihan.

Osteoartritis (OA) lazimnya radang sendi, berlaku apabila kusyen semula jadi antara sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus.

Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu.

Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak.

Menurut Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Kecederaan Sukan di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soong Kean Leong, OA adalah kumpulan artritis paling kerap ditemui yang biasanya dialami individu berusia 45 tahun ke atas.

"Tapi dengan perubahan gaya hidup zaman ini, makin ramai golongan muda seawal 20-an mula mengalaminya hingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan suntikan dan memerlukan pembedahan.

"Wanita juga didapati lebih berisiko mengalami osteoartritis lutut ini berbanding lelaki," katanya.

Penyebab utama OA ialah umur dan hampir setiap individu akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut dikenal pasti berupaya meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia lebih awal.

"Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut.

"Faktor keturunan atau mutasi genetik pula membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami osteoartritis lutut disebabkan tahap abnormal yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

"Selain itu, kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat juga akan menyebabkan berlakunya osteoartritis lutut ini.

"Tidak ketinggalan atlet kerana pendedahan berterusan kepada tekanan lutut terutama sukan yang banyak membabitkan penggunaan kaki," katanya.

Tambah Dr Soong, rawatan tanpa ubatan biasanya dilakukan terlebih dulu kepada pesakit bagi mengurangkan kesakitan dan simptom sedia ada.

"Rawatan dimulakan dengan perubahan gaya hidup terutama mereka yang mengalami masalah berat badan, latihan fisioterapi dan rawatan menyelaraskan semula bahagian yang sakit.

"Jika rawatan ini tidak berupaya membantu pesakit, barulah disyorkan penggunaan ubatan tahan sakit seperti COX-2, suntikan dan akhir sekali pembedahan," jelasnya.
click sini untuk info lanjut

Doc-K merupakan penemuan baru di dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Ia mampu bertindak dengan dua cara (i). Menghilangkan kesakitan (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak. 

Sakit sendi yang banyak manfaat daripada pengamalan Doc-K seperti : 


1.Osteoarthiritis (OA)

2.Rheumatoid Arthitis (RA)
3.Gout
4.Ankylosing Spondylitis 

Bahan aktif dalam Doc-K seperti celery (Apium Graveolens) mampu merawat kerosakan sendi dan mengurangkan sakit. Celery juga mampu bertindak membuang toksin dalam badan dan meningkatkan sistem saraf utama menjadikan pengamal Doc-K merasa lebih sihat selain meningkatkan pertahanan badan.



0 comments:

Post a Comment