SELAMAT DATANG! Kami kongsikan pelbagai info dan tips untuk sihat disini

Friday, 19 August 2016

KEKAL KURUS DAN SIHAT DENGAN CARA PALING MURAH & MUDAH



Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.

Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.

Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.


1. Senaman Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.


2. Tidur Awal

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.

Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.


3. Makanan Kesihatan (Supplement)

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.

Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.


4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan

Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.


5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.

Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.

Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?

Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.


6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.

Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.

Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.


7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.


8. Jangan Berlapar

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.


9. Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.

Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.

Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.


10. Selalu Basuh Tangan

Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.

Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.

Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.


11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan

Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.

Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.


12. Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.

Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

nak kurus? anda wajib cuba!
Jus Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan. Jus Mate 5 adalah formula hebat. Ia mengawal selera makan, menghalang pembentukan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga yang merupakan lima faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Akhir kata..

Sebenarnya tak susah nak sihat.

Hanya kadang-kadang kita perlu lebih bijak dalam mengawal nafsu, menggunakan sedikit akal dan kekal pada sesuatu rutin.

Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Wednesday, 17 August 2016

JOM KENALI JENIS JENIS SAKIT LUTUT


Masalah sakit lutut adalah sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kita. Apa puncanya? Bagaimana ingin mengurangkan rasa sakit itu? Kita perlu mengetahui punca kepada masalah sakit lutut ini supaya kita dapat mencegah dari mengalami sakit lutut, atau bahasa klinikal ialah Osteoarthritis (OA). Masalah lutut yang sakit boleh dicegah melalui pemakanan yang seimbang dan juga pengambilan supplement.

Jenis jenis sakit lutut


  • Artritis degeneratif – Banyak melakukan pergerakan lutut akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, rawan lutut dan tendon.
  • Ligamen terseliuh – Di mana Ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana.
  • Bursitis dan tendenitis – melakukan senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki dengan penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Meniskus koyak – Lebih kurang sama seperti yang sebelumnya. Ia terjadi akibat pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang.
  • Berikut mungkin faktor yang menambahkan risiko arthritis. Berat badan yang berlebihan, Peningkatan usia, Keturunan dan kecederaan berat bagi yang bersukan.
click sini untuk info lebih lanjut
Doc-K merupakan penemuan baru di dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Ia mampu bertindak dengan dua cara (i). Menghilangkan kesakitan (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak. 

Sakit sendi yang banyak manfaat daripada pengamalan Doc-K seperti : 

1.Osteoarthiritis (OA)
2.Rheumatoid Arthitis (RA)
3.Gout
4.Ankylosing Spondylitis 


Bahan aktif dalam Doc-K seperti celery (Apium Graveolens) mampu merawat kerosakan sendi dan mengurangkan sakit. Celery juga mampu bertindak membuang toksin dalam badan dan meningkatkan sistem saraf utama menjadikan pengamal Doc-K merasa lebih sihat selain meningkatkan pertahanan badan.


LANGKAH KURANGKAN SAKIT LUTUT



Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sakit lutut yang berpunca daripada kecederaan mahupun masalah osteoartritis yang dialami sejak bertahun lalu.

Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu lutut dalam keadaan baik.

* Jangan terlalu banyak rehat. Banyak berehat akan membuatkan otot lebih lemah, sekali gus memburukkan keadaan sendi yang kesakitan. Cari program senaman yang selamat dan sesuai untuk sakit lutut.

Jika tidak pasti dengan teknik senaman itu, berbincang dengan doktor atau pakar terapi fizikal.

Elakkan risiko jatuh. Lutut yang sakit akan membuatkan diri tidak stabil lalu boleh menyebabkan terjatuh.

* Elakkan terjatuh dengan berjalan di kawasan terang dan berpermukaan rata. Pegang pada penghadang ketika naik atau turun tangga walaupun rasa diri mampu melakukannya tanpa bantuan.

Sentiasa gunakan tangga atau bangku teguh jika perlu mendapatkan sesuatu dari kawasan tinggi.

* Amalkan 'RICE' (Rest, Ice, Compression dan Elevation). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis. Rehatkan lutut apabila perlu. Letakkan ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

* Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

* Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

* Pertimbangkan rawatan akupunktur. Teknik perawatan tradisional Cina ini membabitkan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

* Jangan membiarkan kasut memburukkan keadaan. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

Jangan tambahkan kesakitan pada lutut. Senaman impak tinggi hanya memudaratkan kesakitan itu. Elakkan senaman seperti berlari, melompat dan kickboxing. Selain itu, elakkan senaman seperti 'lunges' dan mencangkung (squat) kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada lutut.

* Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera. Jika kesakitan di lutut baru dirasai, sebaiknya jumpa doktor. Rawatan awal akan membantu mengelakkan mudarat pada masa depan.

click sini untuk info lebih lanjut

Doc-K merupakan penemuan baru di dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Ia mampu bertindak dengan dua cara (i). Menghilangkan kesakitan (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak. 

Sakit sendi yang banyak manfaat daripada pengamalan Doc-K seperti : 

1.Osteoarthiritis (OA)
2.Rheumatoid Arthitis (RA)
3.Gout
4.Ankylosing Spondylitis 


Bahan aktif dalam Doc-K seperti celery (Apium Graveolens) mampu merawat kerosakan sendi dan mengurangkan sakit. Celery juga mampu bertindak membuang toksin dalam badan dan meningkatkan sistem saraf utama menjadikan pengamal Doc-K merasa lebih sihat selain meningkatkan pertahanan badan.


Tuesday, 16 August 2016

Berat badan berlebihan punca sakit lutut.



Pernah rasa sakit secara tiba-tiba di lutut hingga sukar berjalan? Selepas diurut beberapa kali dengan minyak panas, barulah kaki berupaya melangkah perlahan-lahan? Bersedialah, kerana itu antara beberapa simptom masalah osteoartritis lutut yang dialami kebanyakan golongan muda hari ini.

Meskipun usia adalah faktor utama bagi osteoartritis lutut, golongan muda kini turut berisiko disebabkan keturunan, kecederaan ketika bersukan, jangkitan atau berat badan berlebihan.

Osteoartritis (OA) lazimnya radang sendi, berlaku apabila kusyen semula jadi antara sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus.

Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu.

Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak.

Menurut Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Kecederaan Sukan di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soong Kean Leong, OA adalah kumpulan artritis paling kerap ditemui yang biasanya dialami individu berusia 45 tahun ke atas.

"Tapi dengan perubahan gaya hidup zaman ini, makin ramai golongan muda seawal 20-an mula mengalaminya hingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan suntikan dan memerlukan pembedahan.

"Wanita juga didapati lebih berisiko mengalami osteoartritis lutut ini berbanding lelaki," katanya.

Penyebab utama OA ialah umur dan hampir setiap individu akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut dikenal pasti berupaya meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia lebih awal.

"Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut.

"Faktor keturunan atau mutasi genetik pula membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami osteoartritis lutut disebabkan tahap abnormal yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

"Selain itu, kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat juga akan menyebabkan berlakunya osteoartritis lutut ini.

"Tidak ketinggalan atlet kerana pendedahan berterusan kepada tekanan lutut terutama sukan yang banyak membabitkan penggunaan kaki," katanya.

Tambah Dr Soong, rawatan tanpa ubatan biasanya dilakukan terlebih dulu kepada pesakit bagi mengurangkan kesakitan dan simptom sedia ada.

"Rawatan dimulakan dengan perubahan gaya hidup terutama mereka yang mengalami masalah berat badan, latihan fisioterapi dan rawatan menyelaraskan semula bahagian yang sakit.

"Jika rawatan ini tidak berupaya membantu pesakit, barulah disyorkan penggunaan ubatan tahan sakit seperti COX-2, suntikan dan akhir sekali pembedahan," jelasnya.
click sini untuk info lanjut

Doc-K merupakan penemuan baru di dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat. Ia mampu bertindak dengan dua cara (i). Menghilangkan kesakitan (ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak. 

Sakit sendi yang banyak manfaat daripada pengamalan Doc-K seperti : 


1.Osteoarthiritis (OA)

2.Rheumatoid Arthitis (RA)
3.Gout
4.Ankylosing Spondylitis 

Bahan aktif dalam Doc-K seperti celery (Apium Graveolens) mampu merawat kerosakan sendi dan mengurangkan sakit. Celery juga mampu bertindak membuang toksin dalam badan dan meningkatkan sistem saraf utama menjadikan pengamal Doc-K merasa lebih sihat selain meningkatkan pertahanan badan.



Wednesday, 10 August 2016

Derita dikurung dalam rumah sendiri.



Setelah bertahun tahun lamanya tak tengok dunia luar. Jumpa kawan kawan pun tidak. Asyik terperap dalam rumah. Berasa malu dengan diri sendiri. Tiada keyakinan untuk bergaya. Baju semua KETAT dan SENDAT.

Lebih rela berkurung didalam rumah sendiri dari keluar bersosial dan terpaksa hadap cemuhan orang “Awat hang gemuk sangat?” “Hang doreamon” “Hang panda!” “Hang makan banyak sangat!”.

Sudah pelbagai produk kurus digunakan tapi langsung tak berkesan sampai satu tahap dah give up?

JANGAN RISAU! JANGAN MENGALAH!!

Herba Prima Marketing ada penyelesaiannya. JUS MATE 5 merupakan satu produk pelangsingan yang pernah mencipta sejarah dan menjadi fenomena sekitar tahun 2009 sehingga 2014.

Nak kurus bukan lagi masalah. Ramai dah cuba dan berat turun sampai berkilo kilo! Tak perlu makan masa sampai bertahun, hanya 3 bulan saja.

Mazliwati (Bai) yang dahulu beratnya 208kg telah turun sebanyak 100kg dengan hanya mengamalkan JUSMATE 5 saja. Ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg.



Memang menakjubkan. Kini tiada lagi alasan anda untuk tidak KURUS!

Nak kurus? Click disini!